Tuesday 1 March 2016

4.PENUTUP
      Bersyukur ke hadrat ilahi dengan bantuan,kerjasama dan rujukan daripada semua pihak yang terlibat, kami dapat menyelesaikan tugasan ini.Diharapkan tugasan ini dapat dijadikan pengajaran dan panduan kepada remaja masa kini.
             Melalui kajian kami ini,terdapat beberapa kesimpulan  yang boleh dibuat iaitu kita hendaklah berusaha berubah diri kita agar jadi yang terbaik seperti kata sesetengah orang “ rupa tidak boleh diubah tetapi sikap boleh diubah”. Setiap manusia pasti akan ada yang melakukan kesilapan. Justeru, berusahalah untuk memperbaiki kesalahan itu agar diredai oleh orang lain dan Allah SWT.
            Hendaklah kita selalu bermusahabah (memperhitungkan diri) dan membuat penelitian terhadap diri kita masing-masing untuk mempertingkatkan amalan yang sedia ada dan menjauhkan segala perkara yang tidak baik.Kita hendaklah menjauhkan diri dari golongan yang tersesat yang mana sifat-sifat mereka telahpun diterangkan oleh Rasullah SAW di dalam hadis-hadis berkenaan.
            Hendaklah kita memperuntukan masa yang cukup pada setiap masa yang cukup setiap hari untuk membaca al-quran.Bacalah al-quran sebelum ia diangkat daripada permukaan bumi ini.Hendaklah membacanya dengan baik,serta berusaha untuk memahami isi kandungannya.Ia adalah teman kita di malam yang sunyi .
            Akhir sekali di harapkan, agar semua ini menjadi pengetahuan dan iktibar untuk kami semua.

4.1 Kesimpulan
            Ilmu Ushul Fiqh adalah kaedah-kaedah yang digunakan dalam usaha untuk memperoleh hukum-hukum syara’ tentang perbuatan dari dalil-dalilnya yang terperinci.Dan usaha untuk memperoleh hukum-hukum tersebut, antara lain dilakukan dengan jalan ijtihad. Sumber hukum pada masa Rasulullah SAW hanyalah Al-Qur’an dan As-Sunnah (Al-Hadits).Dalam pada itu kita temui diantara sunnah-sunnahnya ada yang memberi kesan bahwa beliau melakukan ijtihad.
            Sedangkan ushul fiqh dalam definisinya secara termologi adalah ilmu tentang kaedah-kaedah yang membawa kepada usaha merumuskan hukum-hukum syara’ dari dalil-dalinya yang terperinci.

No comments:

Post a Comment