Sunday 6 March 2016

3.3.2 KATEGORI SYAK
         Berdasarkan kaedah asas sebagaimana dijelaskan, syak ada 3 jenis iaitu :
1.Syak Lahir Daripada Asal Usul Atau Sumber Haram
·        Contohnya, binatang sembelihan yang didapati dalam negara penduduknya bercampur antara islam dan bukan islam.Binatang sembelihan di negara tersebut tidak halal, sehinggalah diyakini manakah binatang sembelihan orang islam.
·        Ini kerana ia berasal dari yang haram, kecuali umumnya di negara tersebut sembelihannya dilakukan oleh orang islam.
2. Syak Lahir Daripada dasar Atau Sumber Harus
·        Contohnya, seseorang mendapati air yang berada di dalam bekas tersebut telah berubah dan perubahannya ada dua kemungkinan.Iaitu sama ada disebabkan najis atau disebabkan lama tersimpan.Ia boleh bersuci menggunakan air tersebut berdasarkan anggapan air tersebut asalnya suci.
3. Syak Tidak Dapat Dipastikan Asal Atau Sumbernya Sama Ada Halal Atau Haram
·        Contohnya, seseorang berurusan dengan orang yang majority pendapatannya dari sumber haram, namun tidak dapat ditentukan serta tidak dapat membezakan sama ada dengan harta yang diambil daridapanya itu daripada sumber haram atau halal.Lantaran itu, berurusan dengannya harus, tetapi makhruh.Ini kerana dibimbangi daripada sumber yang haram.

No comments:

Post a Comment