Sunday 6 March 2016

3.2 SETIAP SESUATU BERGANTUNG KEPADA TUJUANNYA

      3.2.1 DEFINISI
            Kaedah ini memberi maksud setiap amalan seseorang sama ada pertuturan atau 
perbuatan, maka kedudukan atau hukum bagi amalan tersebut adalah bergantung kepada 
niat atau tujuannya. Ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai; "Ilmu berkenaan 
hukum-hakam Syarak yangbersifat 'amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci".
Dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak.
Mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum-hakam Syara’ mengenaisetiap tingkah laku manusia dan melaksanakan hukum-hakam tersebut dalam kehidupan dalam segenap ruang dan lapisannya.Ilmu Fiqh amat berguna sama ada kepada ulama, mufti, qadhi mahupun orang awam biasa. Bagi para ulama, mufti dan qadhi, mereka perlu mendalami ilmu ini untuk mengajar orang ramai tentang hukum Syara’, memberi fatwa dan memutuskan hukuman terhadap sesuatu kes.
Adapun orang awam, mereka perlu mengetahui ilmu ini agar dapat menjalani kehidupan seharian dengan garis panduan yang ditetapkan Syara’.

No comments:

Post a Comment