Sunday 6 March 2016

 3.3 KEYAKINAN TIDAK BOLEH DISINGKIRKAN DENGAN SYAK
   3.3.1 DEFINISI
        Sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaku atau tidak berlaku, maka sebarang keraguan yang datang kemudian untuk diragui keyakinan itu tidak diambil kira.Iaitu asal dan yakin tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan syak.
    Maksud keyakinan ialah sesuatu yang pasti berdasarkan penglihatan atau kajian atau dalil dan bukti.Sebagai contoh, seseorang merasakan berlaku hadas daripada wuduknya dapat diyakini dengan angina yang keluar daripada duburnya atau terasa pada kulit atau terdengar pada telinga atau tercium baunya dengan hidungnya.
     Maksud syak atau keraguan ialah sesuatu keadaan di mana ia tidak pasti yang berada di antara kemungkinan ada sesuatu atau tidak ada serta tidak dapat dipastikan yang mana di antara keduanya yang boleh dipastikan.
      Antara lain juga, apa yang dimaksudkan dengan syak ialah sesuatu pertentangan di anatara tetap dengan tidaknya.Dimana pertentangan tersebut sama banyak di antara kebenaran dengan keslahan, serta tidak dapat ditarjihkan salah satu daripadanya.
            Berdasarkan kaedah ini, sekiranya seseorang telah meyakini perkara dan ditetapkan hokum terhadapnya,kemudian timbul syak atau keraguan sama ada telah dihilangkan atau tidak atau belum,maka keyakinan asal itu masih kekal dan tidak boleh berpegang dengan ragu-ragu atau perasaaan syak yang baru mendatang itu.Justeru itu,keyakinan asal itu tidak dapat dihilangkan kecuali dengan adanya keyakinan baharu.

No comments:

Post a Comment