Monday 14 March 2016
Thursday 10 March 2016
Wednesday 9 March 2016
Sunday 6 March 2016
|
KOD
: DUA 2012
NAMA
KURSUS : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUUTERAAN DALAM ISLAM
TAJUK
TUGAS : KONSEP ASAS KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA
·SETIAP SESUATU KAEDAH ITU BERGANTUNG
KEPADA TUJUANNYA
· KEYAKINAN TIDAK BOLEH DISINGKIRKAN
DENGAN SYAK
NAMA
PENSYARAH : PUAN SURAINI BT RIPIN
NAMA
PELAJAR :
PELAJAR
1 : NUR AIMI SYAZWANI BT MOHAMAD ANUAR
NO.PENDAFTARAN
: 25DIS15F1030
PELAJAR
2 : MASZUIN BT MALEK
NO
PENDAFTARAN : 25DIS15F1004
PELAJAR
3 : NUR SYAZA SAHIRA BT RUSLI
NO
PENDAFTARAN : 25DIS15F1018
JABATAN
: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
PROGRAM
: DIS
SESI
: JUN 2015
KELAS
: DIS 2B
ISI KANDUNGAN
BIL.
|
TAJUK
|
1.
|
PENGHARGAAN
|
2.
|
PENDAHULUAN
|
3.
|
3.1 KONSEP ASAS
KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA
3.1.1 DEFINISI
3.1.2 PERANAN KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA
3.1.3 PERBEZAAN KAEDAH USUL DAN KAEDAH FIQH
|
3.2 SETIAP SESUATU BERGANTUNG
KEPADA TUJUANNYA
3.2.1 DEFINISI
3.2.2 PERBEZAAN IBADAT DENGAN ADAT DAN
PERBEZAAN IBADAT DENGAN IBADAT LAIN
3.2.3 HUKUM DAN SYARAK
|
|
3.3 KEYAKINAN TIDAK BOLEH DISINGKIRKAN
DENGAN SYAK
3.3.1 DEFINISI
3.3.2 KATEGORI SYAK
3.3.3 HUKUM DAN KAEDAH
|
|
4.
|
PENUTUP
4.1 KESIMPULAN
|
5.
|
RUJUKAN
5.1 BUKU
5.2 INTERNET
|
6.
|
LAMPIRAN
6.1 AKHBAR
6.2 GAMBAR
|
1. PENGHARGAAN
Titipan
penghargaan terhadap Allah,tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan
kepada hambanya yang kerdil ini.Berserah kepadanya atas segala takdir yang
dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya.Selawat dan salam kepada junjungan
besar nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat.
Pertama-tamanya kami
tuntunkan ucapan Alhamdullilah kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diberikan
kepada kami tanpa henti.Tanpa keredhaannya tidak mungkin mampu kami menyiapkan
tugasan ini walau sedikit pun.
Penghargaan ini juga
kami tujukan kepada ibu bapa kami kerana mereka sentiasa menitipkan doa-doa
untuk keberkatan kami di sini.Mereka juga banyak menyokong kami dari segenap
segi rohani dan kewangan untuk menhasilkan tugasan bermutu ini.
Tidak lupa juga kepada
pensyarah kesayangan kami, PUAN SURAINI BINTI RIPIN kerana dengan izin Allah,
beliau juga sering mengingatkan kami sekiranya kami alpa dan menegur kami
dengan amat berhemah.Moga jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan daripada
Allah yang tidak ternilai harganya.
Kami juga ingin
dedikasikan ucapan penghargaan ini kepada teman-teman yang sanggup berkongsi
ilmu, maklumat dan segala bentuk bantuan yang kami dambakan khususnya dalam
menjayakan kerja khusus ini.ketahuilah segala macam bantuan yang disalurkan
amat kami hargai.
Sebelum menutup bicara, kami ingin
menyampaikan sekalung terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam
pembikinan kerja kursus ini secara sulit ataupun tidak.Kesudiaan anda amat kami
hargai.
2. PENDAHULUAN
Usul fiqh
merupakan satu-satunya manhaj ilmiah untuk mengistinbat hukum syarak. Ia
merupakan panduan untuk memahami serta mentafsirkan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah ketika merumus hukum hakam dan
mendabit pemikiran mahupun ijtihad. Pentafsiran yang dilakukan adalah yang
berkaitan dengan hukum syarak dan hukum-hakam yang dimaksudkan hanyalah hukum -
hakam amali bukan hukum-hakam akidah. Perkataan amali bermaksud semua perbuatan
termasuk perbuatan hati.
Di samping itu juga,
manhaj bukanlah teknik atau sistem kajian ilmiah sebaliknya ia adalah jalan
(al-tariqah) yang akan memandu seseorang pengkaji menemui kebenaran sama ada
dalam bentuk berita yang hendak dipastikan kesahihannya iaitu perkhabaran
melalui periwayatan yang sampai kepada asal atau isu yang hendak dipastikan kebenaran
atau kepalsuan buktinya.Manhaj ilmiah juga adalah suatu ilmu yang telah
disaring serta lengkap yang boleh diyakini untuk dijadikan sumber ilmu.
Syarat manhaj pula ialah
ia mestilah yang telah sedia wujud dalam diri manusia iaitu secara semulajadi
dalam dasar pemikiran manusia. Ia bukanlah ciptaan dan rekaan kerana jika ia
adalah suatu rekaan, maka pasti memerlukan kepada manhaj yang lain untuk
memastikan manhaj yang pertama tepat, benar dan seterusnya memenuhi spesifikasi
ilmiah. Selain itu, melalui manhaj yang telah sedia wujud ini juga merupakan penyeru
atau penyokong kepada pembaharuan dan tidak sewenang-wenangnya boleh dipermain
atau mengubah hukum syarak. Maka, asas-asas hukum yang hendak diperbaharui itu
tidak akan terhasil dengan dawabit yang yang terikat kemas dan mempunyai manhaj
yang mengawalnya.
Oleh itu, pengenalan
terhadap usul fiqh akan diterangkan secara terperinci dalam penulisan ini untuk
kita mengetahui kaedah pengistinbatan hukum dengan menggunakan kaedah usul
fiqh. Definisi usul fiqh yang meliputi pentakrifan secara Idafiyy dan laqabiyy,
mawdu’ usul fiqh, sejarah perkembangan, kaedah penyusunan serta faedah
mempelajarinya akan dikupas secara terperinci di dalam penulisan ini.
3.1 KONSEP ASAS KAEDAH
FIQH DAN APLIKASINYA
3.1.1 DEFINISI
Secara bahasa, fiqih bererti faham, dalam pengertian
atau pemahaman yang mendalam yang menghendaki pengerahan potensi akal.Para
ulama usul fiqh mendefinisikan fiqh sebagai mengetahui hukum-hukum Islam
(syarak) yang bersifat amali (amalan) melalui dalil-dalilnya yang terperinci.Adapun
para ulama fiqh mendefinisikan fiqh sebagai sekumpulan hukum amaliah (yang
sifatnya akan diamalkan) yang disyariatkan dalam Islam.
Pengertian fiqh secara bahasa, yang bererti faham,
antara lain dapat dilihat pada surah Hud ayat 91 yang bermaksud:
"Mereka berkata: Hai Syu'aib, kami tidak banyak mengerti tentang apa
yang kamu katakan itu..."
dan surah al-An'am ayat 65 yang bermaksud:
"...Perhatikanlah, betapa Kami mendatangkan tanda-tanda kebesaran
Kami silih berganti agar mereka memahami."
Dalam pengertian istilah syar'i (yang berdasarkan
syarak), kedua-dua makna di atas dikandung oleh istilah tersebut.
3.1.2 PERANAN KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA
1. Memudahkan
Pemahaman Terhadap Hukum
- Kaedah fiqh menetapkan formula teras atau asas untuk diguna pakai bagi menjadi rujukan sebelum memulakan penyelidikan.
2. Membantu Menyelesaikan Persoalan Yang Melibatkan Isu-Isu-Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Islam
- Kaedah-kaedah fiqh membantu dalam mengenalpasti isu berkaitan penyelidikan agar mendapat rahmat dan berkat ilahi.
3.1.3
PERBEZAAN KAEDAH USUL DAN KAEDAH FIQH
1.
KAEDAH USUL
·
Kaedah Usul
lahir pada kebiasaannya daripada lafaz-lafaz dan nas-nas bahasa arab
·
Merupakan
manhaj dan penjelasan tentang cara yang mesti diikuti oleh seseorang
faqih untuk mengistinbatkan hukum-hukum daripada dalil-dalil.
faqih untuk mengistinbatkan hukum-hukum daripada dalil-dalil.
·
Dikususkan
kepada para mujtahid digunakan untuk mengistinbatkan hukum fiqh dan
ketika untuk mengetahui hukum bagi peristiwa dan persoalan yang baru berlaku.
ketika untuk mengetahui hukum bagi peristiwa dan persoalan yang baru berlaku.
2. KAEDAH FIQH
·
Kaedah Fiqh
lahir daripada hukum-hukum syarak dan juga masalah-masalah fiqh.
·
Merupakan
sesuatu (madba') umum dalam fiqh Islam yang merangkumi
hukum-hukumsyarak umum yang dapat diaplikasikan ke atas sesuatu perkara atau
kejadian yang termasuk di bawah tajuknya.
hukum-hukumsyarak umum yang dapat diaplikasikan ke atas sesuatu perkara atau
kejadian yang termasuk di bawah tajuknya.
·
Dikhaskan
untuk fuquha' atau mufti atau untuk seseorang yang mahir dengan ilmu ini
bagi mengetahui hukum bagi sesuatu perkara tanpa perlu merujuk kepada
kitab-kitab fiqh.
bagi mengetahui hukum bagi sesuatu perkara tanpa perlu merujuk kepada
kitab-kitab fiqh.
3.2 SETIAP SESUATU
BERGANTUNG KEPADA TUJUANNYA
3.2.1 DEFINISI
Kaedah ini memberi maksud setiap amalan seseorang sama ada pertuturan
atau
perbuatan, maka kedudukan atau hukum bagi amalan tersebut adalah bergantung kepada
niat atau tujuannya. Ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai; "Ilmu berkenaan
hukum-hakam Syarak yangbersifat 'amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci".
perbuatan, maka kedudukan atau hukum bagi amalan tersebut adalah bergantung kepada
niat atau tujuannya. Ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai; "Ilmu berkenaan
hukum-hakam Syarak yangbersifat 'amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci".
Dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami.
Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhannya. Namun
kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan
dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal ehwal
luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak.
Mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui
hukum-hakam Syara’ mengenaisetiap tingkah laku manusia dan melaksanakan
hukum-hakam tersebut dalam kehidupan dalam segenap ruang dan lapisannya.Ilmu
Fiqh amat berguna sama ada kepada ulama, mufti, qadhi mahupun orang awam biasa.
Bagi para ulama, mufti dan qadhi, mereka perlu mendalami ilmu ini untuk
mengajar orang ramai tentang hukum Syara’, memberi fatwa dan memutuskan hukuman
terhadap sesuatu kes.
Adapun orang awam, mereka perlu mengetahui ilmu ini agar dapat menjalani
kehidupan seharian dengan garis panduan yang ditetapkan Syara’.
3.2.2 PERBEZAAN IBADAT
DENGAN ADAT DAN PERBEZAAN IBADAT DENGAN IBADAT LAIN
1. Ibadat Dengan Adat
- Menahan diri dari makan kerana puasa atau mengurus badan.
- Menyembelih binatang untuk makan atau ibadat korban.
2.
Ibadat Dengan Ibadat Lain
- Ibadat fardhu atau sunat
- Memberikan wang sebagai sedekah atau zakat.
3.2.3 HUKUM DAN SYARAK
SYARAK
Hukum Syarak ialah "Ketetapan dari ALLAH ke atas
perbuatan-perbuatan hamba yang mukallaf sama ada ia perlu dilakukan atau perlu
ditingglkan atau diberi pilihan untuk melakukannya atau
meninggalkannya".Berdasarkan penelitian dalil-dalil Syara' iaitu Al-Quran,
As-Sunnah,Ijma' dan lain-lain.
Pembahagian
Hukum Syarak
- Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan.
- Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan.
- Perbuatan-perbuatan yang diberi pilihan (yakni terserah kepada manusia sama ada melakukan atau meninggalkannya).
- Perbuatan yang dituntut secara jazam iatu tuntutan mesti.
- Perbuatan yang dituntut secara tidak jazam iaitu tuntutan secara galakan bukan tuntutan mesti atau wajib.
3.3 KEYAKINAN
TIDAK BOLEH DISINGKIRKAN DENGAN SYAK
3.3.1 DEFINISI
Sesuatu
perkara yang tidak diyakini berlaku atau tidak berlaku, maka sebarang keraguan
yang datang kemudian untuk diragui keyakinan itu tidak diambil kira.Iaitu asal
dan yakin tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan syak.
Maksud keyakinan ialah sesuatu yang
pasti berdasarkan penglihatan atau kajian atau dalil dan bukti.Sebagai contoh,
seseorang merasakan berlaku hadas daripada wuduknya dapat diyakini dengan
angina yang keluar daripada duburnya atau terasa pada kulit atau terdengar pada
telinga atau tercium baunya dengan hidungnya.
Maksud syak atau keraguan ialah sesuatu
keadaan di mana ia tidak pasti yang berada di antara kemungkinan ada sesuatu
atau tidak ada serta tidak dapat dipastikan yang mana di antara keduanya yang
boleh dipastikan.
Antara lain juga, apa yang dimaksudkan
dengan syak ialah sesuatu pertentangan di anatara tetap dengan tidaknya.Dimana
pertentangan tersebut sama banyak di antara kebenaran dengan keslahan, serta
tidak dapat ditarjihkan salah satu daripadanya.
3.3.2 KATEGORI SYAK
Berdasarkan kaedah asas sebagaimana dijelaskan, syak
ada 3 jenis iaitu :
1.Syak Lahir Daripada
Asal Usul Atau Sumber Haram
·
Contohnya, binatang sembelihan yang didapati dalam negara penduduknya
bercampur antara islam dan bukan islam.Binatang sembelihan di negara tersebut
tidak halal, sehinggalah diyakini manakah binatang sembelihan orang islam.
·
Ini kerana ia berasal dari yang haram, kecuali umumnya di negara tersebut
sembelihannya dilakukan oleh orang islam.
2. Syak Lahir Daripada dasar Atau
Sumber Harus
·
Contohnya, seseorang mendapati air yang berada di dalam bekas tersebut
telah berubah dan perubahannya ada dua kemungkinan.Iaitu sama ada disebabkan
najis atau disebabkan lama tersimpan.Ia boleh bersuci menggunakan air tersebut
berdasarkan anggapan air tersebut asalnya suci.
3. Syak Tidak Dapat Dipastikan Asal
Atau Sumbernya Sama Ada Halal Atau Haram
·
Contohnya, seseorang berurusan dengan orang yang majority pendapatannya
dari sumber haram, namun tidak dapat ditentukan serta tidak dapat membezakan
sama ada dengan harta yang diambil daridapanya itu daripada sumber haram atau
halal.Lantaran itu, berurusan dengannya harus, tetapi makhruh.Ini kerana
dibimbangi daripada sumber yang haram.
Tuesday 1 March 2016
3.3.3 HUKUM DAN KAEDAH
1. Wuduk Dan Solat
Seseorang
yelah berwuduk dan mengerjakan solat, kemudian datang keraguan selepasnya
apakah dia masih berwuduk atau telah berhadas.Keadaan tersebut ditetapkan
bahawa dia masih berwuduk, kerana dia telah berwuduk dan mengerjakan solat itu
merupakan suatu keyakinan.
2. Yakin Bersuci
Seseorang
yang yakin bersuci, kemudian dia syak berhadas kemudian dia syak suci, maka
dikira masih berhadas, kerana yang yakin itu dihilangkan dengan keraguan.
4.PENUTUP
Bersyukur ke hadrat ilahi dengan
bantuan,kerjasama dan rujukan daripada semua pihak yang terlibat, kami dapat
menyelesaikan tugasan ini.Diharapkan tugasan ini dapat dijadikan pengajaran dan
panduan kepada remaja masa kini.
Melalui kajian kami ini,terdapat beberapa
kesimpulan yang boleh dibuat iaitu kita
hendaklah berusaha berubah diri kita agar jadi yang terbaik seperti kata
sesetengah orang “ rupa tidak boleh diubah tetapi sikap boleh diubah”. Setiap
manusia pasti akan ada yang melakukan kesilapan. Justeru, berusahalah untuk
memperbaiki kesalahan itu agar diredai oleh orang lain dan Allah SWT.
Hendaklah
kita selalu bermusahabah (memperhitungkan diri) dan membuat penelitian terhadap
diri kita masing-masing untuk mempertingkatkan amalan yang sedia ada dan
menjauhkan segala perkara yang tidak baik.Kita hendaklah menjauhkan diri dari
golongan yang tersesat yang mana sifat-sifat mereka telahpun diterangkan oleh
Rasullah SAW di dalam hadis-hadis berkenaan.
Hendaklah
kita memperuntukan masa yang cukup pada setiap masa yang cukup setiap hari
untuk membaca al-quran.Bacalah al-quran sebelum ia diangkat daripada permukaan
bumi ini.Hendaklah membacanya dengan baik,serta berusaha untuk memahami isi
kandungannya.Ia adalah teman kita di malam yang sunyi .
Akhir
sekali di harapkan, agar semua ini menjadi pengetahuan dan iktibar untuk kami
semua.
4.1 Kesimpulan
Ilmu Ushul Fiqh adalah kaedah-kaedah
yang digunakan dalam usaha untuk memperoleh hukum-hukum syara’ tentang
perbuatan dari dalil-dalilnya yang terperinci.Dan usaha untuk memperoleh
hukum-hukum tersebut, antara lain dilakukan dengan jalan ijtihad. Sumber hukum
pada masa Rasulullah SAW hanyalah Al-Qur’an dan As-Sunnah (Al-Hadits).Dalam
pada itu kita temui diantara sunnah-sunnahnya ada yang memberi kesan bahwa
beliau melakukan ijtihad.
Sedangkan
ushul fiqh dalam definisinya secara termologi adalah ilmu tentang kaedah-kaedah
yang membawa kepada usaha merumuskan hukum-hukum syara’ dari dalil-dalinya yang
terperinci.
5. RUJUKAN
5.1 Buku
- Ustaz Johari Al-Yamani (2012) Fiqh Sunnah Jilid 1, Al-Hidayah Publishers ,Kuala Lumpr, Selangor.
- Dr.Abu Talif Muda, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin Modular STPM Usul Fiqh & Kaedah Fiqh, Pustaka Alam Sdn.Bhd,Selangor.
- Nur Hamizah Hamzah (2012), Islam Untuk Semua (Ilmu Fiqh),http://halaqah.net.blogspot.com
- Muhammad Adib bin Samsudin (2010), Kaedah Fiqh Dan Usul Fiqh,http://bit.ly/fxzulu.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)