Monday 14 March 2016

Sunday 6 March 2016




KOD : DUA 2012
NAMA KURSUS : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUUTERAAN DALAM ISLAM
TAJUK TUGAS : KONSEP ASAS KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA
·SETIAP SESUATU KAEDAH ITU BERGANTUNG KEPADA TUJUANNYA
· KEYAKINAN TIDAK BOLEH DISINGKIRKAN DENGAN SYAK
NAMA PENSYARAH : PUAN SURAINI BT RIPIN
NAMA PELAJAR :
PELAJAR 1 : NUR AIMI SYAZWANI BT MOHAMAD ANUAR
NO.PENDAFTARAN : 25DIS15F1030

PELAJAR 2 : MASZUIN BT MALEK
NO PENDAFTARAN : 25DIS15F1004

PELAJAR 3 : NUR SYAZA SAHIRA BT RUSLI
NO PENDAFTARAN : 25DIS15F1018

JABATAN : JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
PROGRAM : DIS
SESI : JUN 2015
KELAS : DIS 2B


ISI KANDUNGAN

BIL.
TAJUK
1.
PENGHARGAAN
2.
PENDAHULUAN
3.
3.1  KONSEP ASAS KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA
3.1.1 DEFINISI
3.1.2 PERANAN KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA
3.1.3 PERBEZAAN KAEDAH USUL DAN KAEDAH FIQH

3.2 SETIAP SESUATU BERGANTUNG KEPADA TUJUANNYA
3.2.1  DEFINISI
      3.2.2 PERBEZAAN IBADAT DENGAN ADAT DAN PERBEZAAN                       IBADAT DENGAN IBADAT LAIN
3.2.3 HUKUM DAN SYARAK

3.3  KEYAKINAN TIDAK BOLEH DISINGKIRKAN DENGAN SYAK
3.3.1 DEFINISI
3.3.2 KATEGORI SYAK
3.3.3 HUKUM DAN KAEDAH
4.
PENUTUP
         4.1 KESIMPULAN
5.
RUJUKAN
         5.1 BUKU
         5.2 INTERNET
6.
LAMPIRAN     
   6.1 AKHBAR
   6.2 GAMBAR 
1. PENGHARGAAN
            Titipan penghargaan terhadap Allah,tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan kepada hambanya yang kerdil ini.Berserah kepadanya atas segala takdir yang dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya.Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat.
            Pertama-tamanya kami tuntunkan ucapan Alhamdullilah kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diberikan kepada kami tanpa henti.Tanpa keredhaannya tidak mungkin mampu kami menyiapkan tugasan ini walau sedikit pun.
            Penghargaan ini juga kami tujukan kepada ibu bapa kami kerana mereka sentiasa menitipkan doa-doa untuk keberkatan kami di sini.Mereka juga banyak menyokong kami dari segenap segi rohani dan kewangan untuk menhasilkan tugasan bermutu ini.
            Tidak lupa juga kepada pensyarah kesayangan kami, PUAN SURAINI BINTI RIPIN kerana dengan izin Allah, beliau juga sering mengingatkan kami sekiranya kami alpa dan menegur kami dengan amat berhemah.Moga jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan daripada Allah yang tidak ternilai harganya.
            Kami juga ingin dedikasikan ucapan penghargaan ini kepada teman-teman yang sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala bentuk bantuan yang kami dambakan khususnya dalam menjayakan kerja khusus ini.ketahuilah segala macam bantuan yang disalurkan amat kami hargai.
             Sebelum menutup bicara, kami ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan kerja kursus ini secara sulit ataupun tidak.Kesudiaan anda amat kami hargai.
2. PENDAHULUAN
            Usul fiqh merupakan satu-satunya manhaj ilmiah untuk mengistinbat hukum syarak. Ia merupakan panduan untuk memahami serta mentafsirkan nas-nas al-Quran  dan al-Sunnah ketika merumus hukum hakam dan mendabit pemikiran mahupun ijtihad. Pentafsiran yang dilakukan adalah yang berkaitan dengan hukum syarak dan hukum-hakam yang dimaksudkan hanyalah hukum - hakam amali bukan hukum-hakam akidah. Perkataan amali bermaksud semua perbuatan termasuk perbuatan hati.
            Di samping itu juga, manhaj bukanlah teknik atau sistem kajian ilmiah sebaliknya ia adalah jalan (al-tariqah) yang akan memandu seseorang pengkaji menemui kebenaran sama ada dalam bentuk berita yang hendak dipastikan kesahihannya iaitu perkhabaran melalui periwayatan yang sampai kepada asal atau isu yang hendak dipastikan kebenaran atau kepalsuan buktinya.Manhaj ilmiah juga adalah suatu ilmu yang telah disaring serta lengkap yang boleh diyakini untuk dijadikan sumber ilmu.
            Syarat manhaj pula ialah ia mestilah yang telah sedia wujud dalam diri manusia iaitu secara semulajadi dalam dasar pemikiran manusia. Ia bukanlah ciptaan dan rekaan kerana jika ia adalah suatu rekaan, maka pasti memerlukan kepada manhaj yang lain untuk memastikan manhaj yang pertama tepat, benar dan seterusnya memenuhi spesifikasi ilmiah. Selain itu, melalui manhaj yang telah sedia wujud ini juga merupakan penyeru atau penyokong kepada pembaharuan dan tidak sewenang-wenangnya boleh dipermain atau mengubah hukum syarak. Maka, asas-asas hukum yang hendak diperbaharui itu tidak akan terhasil dengan dawabit yang yang terikat kemas dan mempunyai manhaj yang mengawalnya.
            Oleh itu, pengenalan terhadap usul fiqh akan diterangkan secara terperinci dalam penulisan ini untuk kita mengetahui kaedah pengistinbatan hukum dengan menggunakan kaedah usul fiqh. Definisi usul fiqh yang meliputi pentakrifan secara Idafiyy dan laqabiyy, mawdu’ usul fiqh, sejarah perkembangan, kaedah penyusunan serta faedah mempelajarinya akan dikupas secara terperinci di dalam penulisan ini.
3.1 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA

      3.1.1 DEFINISI
  Secara bahasa, fiqih bererti faham, dalam pengertian atau pemahaman yang mendalam yang menghendaki pengerahan potensi akal.Para ulama usul fiqh mendefinisikan fiqh sebagai mengetahui hukum-hukum Islam (syarak) yang bersifat amali (amalan) melalui dalil-dalilnya yang terperinci.Adapun para ulama fiqh mendefinisikan fiqh sebagai sekumpulan hukum amaliah (yang sifatnya akan diamalkan) yang disyariatkan dalam Islam.
  Pengertian fiqh secara bahasa, yang bererti faham, antara lain dapat dilihat pada surah Hud ayat 91 yang bermaksud:
"Mereka berkata: Hai Syu'aib, kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu..."
dan surah al-An'am ayat 65 yang bermaksud:

"...Perhatikanlah, betapa Kami mendatangkan tanda-tanda kebesaran Kami silih berganti agar mereka memahami."

Dalam pengertian istilah syar'i (yang berdasarkan syarak), kedua-dua makna di atas dikandung oleh istilah tersebut.
3.1.2 PERANAN KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA

1. Memudahkan Pemahaman Terhadap Hukum
  • Kaedah fiqh menetapkan formula teras atau asas untuk diguna pakai bagi menjadi rujukan sebelum memulakan penyelidikan.
2. Membantu Menyelesaikan Persoalan Yang Melibatkan Isu-Isu-Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Islam
  • Kaedah-kaedah fiqh membantu dalam mengenalpasti isu berkaitan penyelidikan agar mendapat rahmat dan berkat ilahi.
3.1.3 PERBEZAAN KAEDAH USUL DAN KAEDAH FIQH
1. KAEDAH USUL
·        Kaedah Usul lahir pada kebiasaannya daripada lafaz-lafaz dan nas-nas bahasa arab
·        Merupakan manhaj dan penjelasan tentang cara yang mesti diikuti oleh seseorang
     faqih untuk mengistinbatkan hukum-hukum daripada dalil-dalil.
·        Dikususkan kepada para mujtahid digunakan untuk mengistinbatkan hukum fiqh dan
ketika untuk mengetahui hukum bagi peristiwa dan persoalan yang baru berlaku.

2. KAEDAH FIQH
·        Kaedah Fiqh lahir daripada hukum-hukum syarak dan juga masalah-masalah fiqh.
·        Merupakan sesuatu (madba') umum dalam fiqh Islam yang merangkumi
hukum-hukumsyarak umum yang dapat diaplikasikan ke atas  sesuatu perkara atau
kejadian yang termasuk di bawah tajuknya.

·         Dikhaskan untuk fuquha' atau mufti atau untuk seseorang yang mahir dengan ilmu ini
bagi mengetahui hukum bagi sesuatu perkara tanpa perlu merujuk kepada
kitab-kitab fiqh.
3.2 SETIAP SESUATU BERGANTUNG KEPADA TUJUANNYA

      3.2.1 DEFINISI
            Kaedah ini memberi maksud setiap amalan seseorang sama ada pertuturan atau 
perbuatan, maka kedudukan atau hukum bagi amalan tersebut adalah bergantung kepada 
niat atau tujuannya. Ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai; "Ilmu berkenaan 
hukum-hakam Syarak yangbersifat 'amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci".
Dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak.
Mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum-hakam Syara’ mengenaisetiap tingkah laku manusia dan melaksanakan hukum-hakam tersebut dalam kehidupan dalam segenap ruang dan lapisannya.Ilmu Fiqh amat berguna sama ada kepada ulama, mufti, qadhi mahupun orang awam biasa. Bagi para ulama, mufti dan qadhi, mereka perlu mendalami ilmu ini untuk mengajar orang ramai tentang hukum Syara’, memberi fatwa dan memutuskan hukuman terhadap sesuatu kes.
Adapun orang awam, mereka perlu mengetahui ilmu ini agar dapat menjalani kehidupan seharian dengan garis panduan yang ditetapkan Syara’.
3.2.2 PERBEZAAN IBADAT DENGAN ADAT DAN PERBEZAAN IBADAT DENGAN IBADAT LAIN

1. Ibadat Dengan Adat
  • Menahan diri dari makan kerana puasa atau mengurus badan.
  • Menyembelih binatang untuk makan atau ibadat korban.
2. Ibadat Dengan Ibadat Lain 
  • Ibadat fardhu atau sunat
  • Memberikan wang sebagai sedekah atau zakat.
3.2.3 HUKUM DAN SYARAK

SYARAK
Hukum Syarak ialah "Ketetapan dari ALLAH ke atas perbuatan-perbuatan hamba yang mukallaf sama ada ia perlu dilakukan atau perlu ditingglkan atau diberi pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya".Berdasarkan penelitian dalil-dalil Syara' iaitu Al-Quran, As-Sunnah,Ijma' dan lain-lain.

Pembahagian Hukum Syarak
  • Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan.
  • Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan.
  • Perbuatan-perbuatan yang diberi pilihan (yakni terserah kepada manusia sama ada melakukan atau meninggalkannya).
  • Perbuatan yang dituntut secara jazam iatu tuntutan mesti.
  • Perbuatan yang dituntut secara tidak jazam iaitu tuntutan secara galakan bukan tuntutan mesti atau wajib.
 3.3 KEYAKINAN TIDAK BOLEH DISINGKIRKAN DENGAN SYAK
   3.3.1 DEFINISI
        Sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaku atau tidak berlaku, maka sebarang keraguan yang datang kemudian untuk diragui keyakinan itu tidak diambil kira.Iaitu asal dan yakin tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan syak.
    Maksud keyakinan ialah sesuatu yang pasti berdasarkan penglihatan atau kajian atau dalil dan bukti.Sebagai contoh, seseorang merasakan berlaku hadas daripada wuduknya dapat diyakini dengan angina yang keluar daripada duburnya atau terasa pada kulit atau terdengar pada telinga atau tercium baunya dengan hidungnya.
     Maksud syak atau keraguan ialah sesuatu keadaan di mana ia tidak pasti yang berada di antara kemungkinan ada sesuatu atau tidak ada serta tidak dapat dipastikan yang mana di antara keduanya yang boleh dipastikan.
      Antara lain juga, apa yang dimaksudkan dengan syak ialah sesuatu pertentangan di anatara tetap dengan tidaknya.Dimana pertentangan tersebut sama banyak di antara kebenaran dengan keslahan, serta tidak dapat ditarjihkan salah satu daripadanya.
            Berdasarkan kaedah ini, sekiranya seseorang telah meyakini perkara dan ditetapkan hokum terhadapnya,kemudian timbul syak atau keraguan sama ada telah dihilangkan atau tidak atau belum,maka keyakinan asal itu masih kekal dan tidak boleh berpegang dengan ragu-ragu atau perasaaan syak yang baru mendatang itu.Justeru itu,keyakinan asal itu tidak dapat dihilangkan kecuali dengan adanya keyakinan baharu.
3.3.2 KATEGORI SYAK
         Berdasarkan kaedah asas sebagaimana dijelaskan, syak ada 3 jenis iaitu :
1.Syak Lahir Daripada Asal Usul Atau Sumber Haram
·        Contohnya, binatang sembelihan yang didapati dalam negara penduduknya bercampur antara islam dan bukan islam.Binatang sembelihan di negara tersebut tidak halal, sehinggalah diyakini manakah binatang sembelihan orang islam.
·        Ini kerana ia berasal dari yang haram, kecuali umumnya di negara tersebut sembelihannya dilakukan oleh orang islam.
2. Syak Lahir Daripada dasar Atau Sumber Harus
·        Contohnya, seseorang mendapati air yang berada di dalam bekas tersebut telah berubah dan perubahannya ada dua kemungkinan.Iaitu sama ada disebabkan najis atau disebabkan lama tersimpan.Ia boleh bersuci menggunakan air tersebut berdasarkan anggapan air tersebut asalnya suci.
3. Syak Tidak Dapat Dipastikan Asal Atau Sumbernya Sama Ada Halal Atau Haram
·        Contohnya, seseorang berurusan dengan orang yang majority pendapatannya dari sumber haram, namun tidak dapat ditentukan serta tidak dapat membezakan sama ada dengan harta yang diambil daridapanya itu daripada sumber haram atau halal.Lantaran itu, berurusan dengannya harus, tetapi makhruh.Ini kerana dibimbangi daripada sumber yang haram.

Tuesday 1 March 2016

3.3.3 HUKUM DAN KAEDAH
      1. Wuduk Dan Solat
          Seseorang yelah berwuduk dan mengerjakan solat, kemudian datang keraguan selepasnya apakah dia masih berwuduk atau telah berhadas.Keadaan tersebut ditetapkan bahawa dia masih berwuduk, kerana dia telah berwuduk dan mengerjakan solat itu merupakan suatu keyakinan.
   2. Yakin Bersuci
        Seseorang yang yakin bersuci, kemudian dia syak berhadas kemudian dia syak suci, maka dikira masih berhadas, kerana yang yakin itu dihilangkan dengan keraguan.
4.PENUTUP
      Bersyukur ke hadrat ilahi dengan bantuan,kerjasama dan rujukan daripada semua pihak yang terlibat, kami dapat menyelesaikan tugasan ini.Diharapkan tugasan ini dapat dijadikan pengajaran dan panduan kepada remaja masa kini.
             Melalui kajian kami ini,terdapat beberapa kesimpulan  yang boleh dibuat iaitu kita hendaklah berusaha berubah diri kita agar jadi yang terbaik seperti kata sesetengah orang “ rupa tidak boleh diubah tetapi sikap boleh diubah”. Setiap manusia pasti akan ada yang melakukan kesilapan. Justeru, berusahalah untuk memperbaiki kesalahan itu agar diredai oleh orang lain dan Allah SWT.
            Hendaklah kita selalu bermusahabah (memperhitungkan diri) dan membuat penelitian terhadap diri kita masing-masing untuk mempertingkatkan amalan yang sedia ada dan menjauhkan segala perkara yang tidak baik.Kita hendaklah menjauhkan diri dari golongan yang tersesat yang mana sifat-sifat mereka telahpun diterangkan oleh Rasullah SAW di dalam hadis-hadis berkenaan.
            Hendaklah kita memperuntukan masa yang cukup pada setiap masa yang cukup setiap hari untuk membaca al-quran.Bacalah al-quran sebelum ia diangkat daripada permukaan bumi ini.Hendaklah membacanya dengan baik,serta berusaha untuk memahami isi kandungannya.Ia adalah teman kita di malam yang sunyi .
            Akhir sekali di harapkan, agar semua ini menjadi pengetahuan dan iktibar untuk kami semua.

4.1 Kesimpulan
            Ilmu Ushul Fiqh adalah kaedah-kaedah yang digunakan dalam usaha untuk memperoleh hukum-hukum syara’ tentang perbuatan dari dalil-dalilnya yang terperinci.Dan usaha untuk memperoleh hukum-hukum tersebut, antara lain dilakukan dengan jalan ijtihad. Sumber hukum pada masa Rasulullah SAW hanyalah Al-Qur’an dan As-Sunnah (Al-Hadits).Dalam pada itu kita temui diantara sunnah-sunnahnya ada yang memberi kesan bahwa beliau melakukan ijtihad.
            Sedangkan ushul fiqh dalam definisinya secara termologi adalah ilmu tentang kaedah-kaedah yang membawa kepada usaha merumuskan hukum-hukum syara’ dari dalil-dalinya yang terperinci.
5. RUJUKAN

    5.1 Buku
  •     Ustaz Johari Al-Yamani (2012) Fiqh Sunnah Jilid 1, Al-Hidayah Publishers ,Kuala Lumpr, Selangor.
  •      Dr.Abu Talif Muda, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin Modular STPM Usul Fiqh & Kaedah Fiqh, Pustaka Alam Sdn.Bhd,Selangor.
   5.2 Internet